Ahad, 2 Mei 2010

Ikan di Tubu-tubu

24/4/2010 hari Sabtu...Trip kami kali ini... kami mencuba untuk menduga ikan di lubuk Tubu-tubu.. kali ini kami merancang seperti biasa iaitu bergerak dari KK ke KB sekitar jam 2.00 ptg.. aku ke rumah Hj. Datu dan menaiki hilux menuju ke pasar besar Kk untuk membeli umpan ikan basung. kami merancang untuk turun ke laut sebelah petang tetapi kami mengubah perancangan selepas dimaklum oleh abg Hj. Datu untuk alang2 turun ke laut selepas solat maghrib...
Kami pun meneruskan program iaitu memancing sebelah malam di Tubu-tubu.. Keadaan laut agak bergelora dan sedikit berombak.. Keadaan mlm itu sedikit terang mkerana bulan terang dan kami menggunkan umpan basung.. Samapi tempat yang dituju iaitu kawasan Tubu-tubu kami menurunkan pancing.. beberapa ekor ikan kerapu dan ikan lain berjaya dinaikkan oleh Hj. datu dan dua abangnya.. Aku masih belum dapat menaikkan walau seekor ikan pun...Namun setelah lam menunggu aku akhirnya nberjaya juga menaikkan ikan kerapu. Setelah hampir 2 jam lebih kami balik ke rumah untuk merehatkan badan kerana esok pagi akan mencuba lagi di kawasan Nanamun untuk mencari si putih lagi..... Antara hasil pancingan malam kami,.


Hj. Datu Dua Belas dengan hasil ikannya.. dan inilah ikan yg aku dapat,.. bole la kan....

Inilah boatman kami,.. seorang lagi yang menjaga bahagian sauh tidak sempat aku gambar pada malam itu... Mereka semua ini adik beradik,.. dan kalau atas bot tu memang meriah dorang ni... Aku rasa syukur dapat kenal dengan dorang ni sebab memang baik punya orang..

Bahagian pagi punya trip pulak aku tidak sempat ambik gambar... aduhh.. sebabnya, kamera aku weak battery... apa bole buat, tapi aku sempat ambik untuk dijadikan kenangan hasil2 kami ja,.. so untuk tgk yang masa atas bot memang tiada la... nah hasil kami untuk trip 25/4/2010..


.. Kalau korang tgk mesti mau ckp yg ini ikan pasar kan... hehe.. tapi hakikatnya inilah rezeki kami masa trip ini... mcm2 ikan kami dapat dan syukur Alhamdulillah atas rezeki yang diberikanNya.. Masa ni aku dan Hj. Datu tengah nak susun dan bahagi2kan ikan untuk bahagian masing2.. macm ni la kami,

Bila dah dapat bahagi2 lepas tu aku pun balik rumah... sampai kat rumah aku bersihkan dan potong buang perut ikan tu dan mana2 yang mau aku masak untuk makan malam tu... heehee.. malam ni makan ikan fresh lagi la aku...

Inilah ikan yang kami pancing dah jadi lauk akhirnya...
oklah... kita jumpa lagi di lain trip pulak... Kami nak mengatur untuk mencuba lubuk lain atau paling tidak pun di Tubu-tubu jugak tapi mencari ikan yang lain pulak.. jumpa lagi..