Rabu, 7 April 2010

Ikan Putih Nanamun part 2





Persinggahan kami seterusnya ialah di deretan kedai papan yang menjual ikan, sayuran dan bua di jalan ums -kkip-sulaman.. Kami sekali lagi singgah untuk membeli umpan... Hj. Datu bergegas turun dari kereta dan menuju ke kedai yang menjual ikan.. aku mengekori dari belakang. '' tiada umpan j" kata Hj. Aku pun terus menuju meja gerai yang menjual ikan dan memang tiada ikan yang bole dijadikan umpan. Kami sebenarnya mencari ikan basung untuk dijadikan umpan kerana mlm nanti kami ingin mencuba untuk memancing mana la tahu kalau2 beroleh ikan.. Hj. Datu mencadangkan untuk menggunakan sotong sebagai umpan dan aku pun bersetuju kerana kami tiada pilihan lain lagi... tapi kami sudah boleh mengagak umpan sotong ini kurang popular namun apakan daya dah ikan basung tiada langsung... Kalau di Sarawak, ikan basung ni dikenali sebagai ikan sardin... Pernah aku ke Kg. Tambirat, Kota Samarahan dan terlihat ikan basung ni lalu bertanya kepada penjualnya.. " tok ikan sardin.." sambil tangannya menuding ke arah tompok ikan basung tersebut.

Kami kemudian meneruskan perjalanan ke destinasi kami iaitu Kg. Rampayan Kota Belud. Sekitar jam 5.lebih kami tiba di kampung dan Hj. datu terus menunjuk arah kepada aku untuk ke rumah abang beliau yang akan turut sama memancing mlm ni.. Sebenarnya, abang Hj. yang seorang ni aku belum pernah jumpa lagi.. Tapi seorang lagi abangnya yang akan turut sama dalam group kami untuk mancing ni memang aku dah kenal lama... sama-sama pernah memancing sebelum ni di perairan pulau mantanani dan ada juga trip kami sama-sama memancing termasuk trip laut dalam ke takat 360 3hari 2malam...


Sampai di rumah abang Hj. datu yang seorang ni kami rehat sebentar.. dan aku berbual2 sebentar. " kelmarin dulu kami mancing, dekat satu baldi penuh ikan putih... itu kami ambil ikan putih ja, kalau kami ambik lagi ikan pisang2 memang byk la.." kata abang Hj. datu .. Aku terdengar cerita tu bertambah berkobar2 perasaan ni nak turun cepat ke laut untuk mencuba nasib... tapi cuaca petang tu agak berangin sedikit bermakna ada kemungkinan akan berombak keadaan laut...

Selesai Hj. datu solat Asar, kami bergerak pula ke rumah seorang lagi abang Hj. Datu yang sememang aku suda lama kenal... dari jauh aku suda nampak abang hj. Datu berada di beranda rumah seakan mengetahui kereta kami yang tiba di halaman rumahnya...

kami mengambil keputusan untuk bersolat maghrib dahulu kerana masa dah lewat dan baru teruskan untuk memancing sebelah malam nanti,... itupun kalau tidak berombak.. Selesai solat maghrib kami bertolak ke jeti dan keadaan angin seperti sedikit kuat dan kami dimaklum oleh salah seorang orang kampung yang kami temui di jeti bagitau yang laut agak bergelora di sebelah Pulau Keramat... Kami mengambil keputusan ke area lain untuk mengelak laut yang bergelora... Malam itu kami mencuba untuk memancing ikan kerapu, namun hampir 1 1/2 jam berlabuh kami masih gagal menaikkan walau seekor pun ikan kerapu... Kami kemudian bersetuju untuk pulang kerana angin ketika itu semakin kuat..


2.4.2010.. Selesai solat subuh dan bersarpan bersama-sama.. minum kopi o dan makan nasi serta kuih.. pehh.. best juga pagi2 mcm tu.. kami kemudian ke jeti... pagi itu angin masih kuat bertiup namun keadaan masih membolehkan kami untuk turun ke laut... Kami masih belum dapat mencuba ke Pulau Keramat kerana area sana masih kuat berombak.. Kami ke area Nanamun untuk mencuba tarikan ikan putih di sana... Kami berempat dalam satu perahu dengan Abang Hj. Datu yang seorang berada di belakang mengemudi perahu dan abang beliau yang sorang lagi di depan sekali .. aku dan Hj. datu ditengah2..... sampai di tempaty yang dituju... kami berjumpa dengan satu perahu dengan 3 orang yang sama jiuga tujuan iaitu mencuba ikan putih di kawasan tersebut juga...


Okay.. turun pancing... aku dengan tidak sabar2 lagi menurunkan pancing dan bila terasa pancing aku sampai di dasar aku pun membetulkan pancing dan... grrr.. terasa aku getaran ikan yang meragut apollo pancing yang aku gunakan... apalagi aku pun tarikkkk pancing aku.. aku sebenarnya gunakan rod budak kecik yang boleh dikelaskan " super fly weight" punya rod.. jadi, bila ikan makan memang terasa kuat ikan tu...


Yaaa.. ikan pisang2 dan anak ikan titir atau alu-alu melekat kat mata pancing aku... syukur dapat juga ikan.. Aku teruskan memancing dan boleh dikatakan dalam 5 minit tu memang ikan pisang2 ni byk yang kami dapat.... "Nah... putihhh.." abang Hj Datu bersuara... sambil tangannya mengulung ambur atau dikenali sebagai koyan kalau di semenanjung... Aku memerhati dan akhirnya.. ya aku nampak ikan putih sebesar tapak tangan orang dewasa... Tiba2 aku terasa pancing aku ditarik kasar dan aku terus sentak pancing sambil mengarau pancing aku... makin dekat aku boleh rasakan yang ikan kali ini bukan ikan pisang2 kerana cara tarikan dan kekuatan tu agak berbeza dari tadi.. Aku merasa seronok melayan ikan tersebut dan " ikan putih tu" kata abang Hj. Datu bila melihat rod aku membengkok membentuk huruf C... ya.. akhirnya seekor ikan putih aku berjaya naikkan... Begitulah saja rutin kami bila ikan putih mula menyerang,.. keempat2 kami akan menaikkan ikan putih... dan bila kurang kami akan berpindah ke tempat yang ikan putih tersebut banyak makan...

Selepas puas dan kami tengok tong putih tempat ikan telah penuh.. kami pun pulang ke jeti... Jam 11.30 kami sampai di jeti kemudian balik ke rumah abang Hj. datu untuk membersihkan diri... Selepas solat zuhur kami makan bersama-sama sekali lagi dan selepas berehat-rehat kami ke rumah abang Hj. yang seorang lagi untuk Hj. berjumpa dengan emaknya dan aku sempat juga berbual dengan abang Hj. Datu dan aku berhasrat untuk datang sekali lagi untuk mencuba nasib lagi... Sekitar jam 4 lebih kami sampai di rumah Hj. Datu dan berbahagia hasil ikan putih... Masa itulah kami baru perasan yang kami belum pun ada mengambil gambar selama kami memancing... aku dan Hj. pun mengambil gambar ikan2 tersebut biarpun bukan di laut.. mungkin tak nampak realnya sebab kami ambik gambar ikan ni kat darat kan... kalau korang nak percaya.. percaya la,.. kalau tak nak percaya,.. tak apa la... nanti trip akan datang aku akan publish gambar kat tgh laut okay...


Aku sampai rumah pun bini heran dan cakap betul kah ikan ni ikan pancing... dia tgk kat dalam tong cuma nampak ikan putih mesti lah dia was-was kan... anak aku si aiman pulak cakap.. " ayah,.. ini umpan kah?" pasal apa dia cakap mcm tu?.. pasal itu ikan putih banyak ja dan cuma satu jenis.... hahaaa..
Kalau ada masa aku akan pergi lagi dan ingin mencuba lagi mancing di sana... so, kita jumpa lain kali lagi ok... byeeeee...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan