Ahad, 4 April 2010

Ikan Putih Nanamun part 1

2.4.2010... Hari ini hari Good Friday,.. Aku dah atur satu trip memancing ngan member rapat yang 1pejabat dengan aku iaitu Hj. Datu Dua Belas.. Dia ni memang asal kampung Rampayan Laut iaitu tempat yang kami nak tuju untuk trip pancing kali ni... Kami dah atur untuk bergerak ke Kg. Rampayan selepas solat Jumaat.. dan sekitar jam 2.30,.. aku baru bergerak dari rumah. Keadaan cuaca masa tu hujan lebat dan aku sebenarnya dah terlewat kerana mengikut perancangan kami, jam 2.30 aku patutnya dah sampai di rumah Hj. dan bergerak ke kampung..hehee.. biasala org cakap ada saja masalah..

Dekat jam 3ptg aku sampai ke rumah Hj. Datu dan kami pun terus bergerak ke Pasar KK untuk membeli umpan. Sampai di pasar KK kami tidak ternampak ikan basung yang sesuai untuk dijadikan umpan... Hj. kemudian ke Servay KK Plaza untuk membeli keperluan seperti makanan dan juga ais ketul bagi persediaan trip esok.. sekitar hampir jam 3.45 barulah kami bergerak untuk meneruskan perjalanan kami.. Kami sebenarnya sudah lewat dari perancangan asal dan masih banyak lagi yang hendak di atur seperti membeli umpan dll....

Perjalanan kami teruskan dan sampai di stesen minyak Shell berhampiran bulatan Kingfisher... kami singgah lagi untuk membeli minyak 2T untuk trip esok... Aku dengan sabar menunggu di kereta dan sampai saja Hj. Datu di kereta,.." lambat betul dan berbaris lagi aku di kaunter J.".." hari cuti... biasala tu".. aku pun faham keadaan Hj. yg dua kali terpaksa berbaris panjang di kaunter dalam keadaan kami yang sebenarnya mahu cepat sampai... pertama berbaris di kaunter servay KK Plaza,.. lepas tu terpaksa lagi berbaris panjang di kaunter stesen minyak Shell dekat roundabout Kingfisher likas.

Selesai itu kami meneruskan lagi perjalanan... kami tahu yang kami telah terlewat dan ada satu lagi persinggahan yang kami akan singgah iaitu pasar tepi jalan di jalan selepas UMS menuju ke KKIP... apa yang kami cari di sana... kita tunggu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan